Search This Blog

Sunday, 12 July 2020

Mama Bawa Kami Ke IKEA

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...

Ala IKEA je punnnn....hahaha...

Memang la IKEA je pun... tapi buat anak2 mama it is so WOW....

"Tq mama bawa kami ke IKEA"... "Mama best la boleh drive jauh2"..."Mama tak penat ke?"... "Kesian mama"..."Kakak tak percaya la mama boleh bawa kami sampai sini"...

All these word dah boleh buat mama senyum... memandu tanpa penat...

Hari Sabtu marin..11 Julai 2020... tiba2 mama rasa bersemangat pulak nak memandu jauh2... untuk perjalanan 2 jam 30 minit sampai la kami ke IKEA Tebrau... Untuk anak2 yang dah lama berkurung sebab PKP ini satu nikmat donia untuk mereka...Heee...

Untuk single mum... memandu bersama anak2 kecil untuk satu tempoh perjalanan melebihi 2 jam satu kejayaan kn..hee...so pastikan anak2 aman damai di dalam kereta untuk kita memandu jauh... kalau tak memang stressssss.....

Kali ni mama nak share sikit tips mama bila drive bersama anak2 untuk satu tempoh yang agak lama...

So tips perjalanan jauh mama:

1. Sebelum mula driving beritahu anak ke mana kita akan pergi.. (ingat kan mereka perjalanan akan ambil masa yang lama)
2. Warning awal2... kalau bergaduh mama akan batalkan perjalanan..hee..
3. Bagi suasana berbeza sikit... suruh anak2 baca doa naik kenderaan sebelum kereta bergerak...
4. Gunakan kesempatan ni suruh anak2 doa yang baik2 banyak2... (mama selalu bagitahu anak2... kita ni musafir... doa musafir Allah makbul.. so mama akan minta anak2 doa apa yang mereka dan mama nak sekali...tumpang doa dalam doa anak2...doa anak2 kecil moga makbul.....)
5. Jika keadaan dalam kereta dah mula ada angin2 ribut sentiasa tegur supaya anak2 bertenang.. kalau tak perjalanan dibatalkn.. hee...
6. Ambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita dengan anak2 terutamanya yang sedang membesar... (Izazi n Irfan mmg akan berkongsi macam2 cerita n pertanyaan dalam kereta...)

Manfaatkan masa bersama2 anak ketika dalam kereta... ini masa terbaik dan paling hampir kita dengan mereka....

Jom drive...

"Bahagia kita, Hak kita, Cara kita"

Kids in IKEA wonderland... masa untuk berangan

Anak2 dan SOP..norma baharu

Yang berdua ni memang banyak akal... semua dibelek

Bagilah sikit kenangan untuk anak2 sebelum balik..
Oleh kerana anak mama ada 4.. 2 kecik dan 2 besar.. mama dah bahagi2 mereka..
Yang besar mesti jaga sorang adik yang kecil..hee.. mama perhati dari belakang je..

Ni pasangan Irfan - Khayla.. memang abang kesanyan dia ni...

So korang... jangan takut untuk adakan perjalanan yang agak jauh bersama anak2.. Anak2 hanya perlukan sedikit ketegasan, disiplin dan mama yang SEMPURNA.. We are GREAT mum... Lets do it..